KUALA LUMPUR – Pemergian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya secara mengejut meninggalkan kesan yang amat besar kepada isteri, anak-anak, kaum keluarga dan sahabat handai.
Apatah lagi Allahyarham mempunyai karakter yang menyenangkan hati insan-insan yang dekat dengannya selain tidak kedekut berkongsi ilmu dengan rakan sekerja.
Suasana di Masjid Muhammad Al-Fatih Kem Wardieburn menyaksikan rata-rata yang hadir menunggu ketibaan jenazah Allahyarham sugul dan adakalanya tidak dapat menahan air mata terutamanya melihat isteri, Nour Shafinar Harun dan anak-anak Mohd Zahir. – MalaysiaGazette
Isteri Allahyarham Mejar Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31, sebak sementara menunggu ketibaan jenazah Masjid Al Fatih, Kem Wardieburn, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto NOOREEZA HASHIM, 05 SEPTEMBER 2019