Home Nasional Maszlee terima surat penghargaan pelakon ‘Raatchasi’

Maszlee terima surat penghargaan pelakon ‘Raatchasi’

menteri Pendidikan Maszlee Malik menerima penghargaan daripada krew filem Tamil Raatchasi serta pelakonnya Jyotika hari ini yang dikongsinya dalam Twitter peribadi beliau malam tadi.

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menerima surat penghargaan khas daripada krew filem Tamil, Raatchasi yang ditontonnya di pawagam beberapa hari lalu.

Surat berkenaan ditulis sendiri oleh pelakon utama filem itu, Jyotika yang memegang watak guru besar di sebuah sekolah kerajaan yang memerlukan penambahbaikan dalam semua aspek di Tamil Naidu.

Dalam surat berkenaan Jyotika berkata, beliau dan krew filem Raatchasi sangat gembira qpqbilq dimaklumkan Maszlee telah meluangkan masa untuk menonton filem itu dan memnyatakan dalam akaun Twitter mengenai niatnya yang mahu melihat perubahan dalam sistem pendidikan.

Katanya, tindakan Maszlee menyhuntik semangat kepada krew filem Raatchasi memandangkan filem berkisar untuk membawa perubahan dalam sistem pendidikan di India.

“Memandangkan 90 peratus ahli krew filem ini telah menimba ilmu di sekolah kerajaan, ini adalah lebih kepada pengalaman kehidupan sebenar yang ditunjukkan dalam seluloid dan bukannya filem yang mensasarkan keuntungan.

“Sebagai sebuah pasukan, apa yang kami harapkan adalah generasi akan datang perlu memperolehi pendidikan yang berkualiti dan peluang sama rata untuk membuktikan bakat dan kepintaran mereka.

“Kami mengharapkan perubahan drastik di India dan dan juga bangga untuk berkongsi di sini bahawa Menteri Pendidikan kami di India juga menonton filem berkenaan dan merancang membawa perubahan positif.

“Kami sangat menghargai dengan sokongan anda, kata-kata semangat dan galakan,yang menjadikan mesej kami bertaraf global,” kata Jyotika mengakhiri surat itu.

Malah dalam satu lagi surat berasingan Jyotika secara ringkas merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menonton filem tersebut dan menyokong mesej “Memperkasa Sistem Pendidikan” bersifat global yang dibawakan krew dalam filem itu.

“Sangat terharu melihat kasta, bahasa atau kerakyataan tidak menjadi pengekang kepada rakyat Malaysia dalam soal menghormati kesenian dan mempromosi keperluan perubahan dalam sistem pendidikan di dunia hari ini,” ujarnya.

Maszlee yang membalas surat itu menerusi akaun twitter berkata: “Terima kasih kepada seluruh krew #Raatchasi. pendidikan adalah satu pelaburan penting di sesebuah negara yang menentukan masa depan rakyat tidak kira negara mana pun.

“Teruskan usaha anda menghasilkan serta menerbitkan lebih banyak filem terbaik seperti ini dan saya akan menantikannya untuk anda, selamat maju jaya!”.- MalaysiaGazette