Home Dunia Dua pesawat Sukhoi Rusia berlanggar

Dua pesawat Sukhoi Rusia berlanggar

Pesawat Sukhoi, Su-34.

MOSCOW – Dua buah jet pejuang Shukoi, Su-34, Rusia berlanggar di udara semasa melakukan penerbangan latihan dengan juruterbangnya berjaya mendaratkan pesawat tersebut dengan selamat, lapor REN-TV.

Menyurut laporan itu, pesawat tersebut yang berlanggar di wilayah Lipetsk, barat Russia berikutan kehilangan hubungan visual.

“Ketuanya melanggar pesawat yang terbang disebelah dengan hujung sayap mengenai kokpit, manakala ketika cuba membelok mereka berlanggar sekali lagi.

“Pada masa sama serpihan masuk ke dalam enjin salah sebuah pesawat,” kata sumber yang tidak mahu dikenali kepada REN-TV.

Enjin dan badanKedua-dua buah pesawat itu mengalami kerosakan teruk manakala hujung sayap sebuat pesawat tercabut. – Agensi