Home Politik Pemimpin Pakatan Harapan, anda sedang diperhatikan

Pemimpin Pakatan Harapan, anda sedang diperhatikan

Timbalan Pengerusi Persatuan Islam, Datuk Seri Said Nazar Abu Bakar bercakap kepada media berhubung isu situasi & impak terkini terhadap kempen utamakan produk buatan muslim, kuasa pembeli dan bagaimana memperkukuhkan lagi kedudukan ekonomi rakyat di Restoran Syed Nabi, Sri Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 07 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan sensitiviti kaum tertentu.

Timbalan Pengerusi Persatuan Saudara Islam, Datuk Seri Said Nazar Abu Bakar berkata, gabungan parti yang mempunyai empat parti komponen itu kini sedang menjadi perhatian rakyat yang mengundi pada pilihan raya lalu.

Justeru tidak wajar sebarang kenyataan yang hanya memperlihatkan fikiran yang cetek dan minda tertutup meniti dari bibir semua pemimpin parti tersebut.

“Kepada seluruh pemimpin Pakatan Harapan tak kira parti mana, DAP pun, anda sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Jadi saya harap biarlah minda kita terbuka jangan cetek sangat.

“Apa yang berlaku sekarang minda kerajaan tidak terbuka kata-kata yang dikeluarkan tidak hormat kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Batu Caves hari ini.

Beliau menegaskan meskipun wujudnya kempen Beli Produk Bumiputera-Muslim Dahulu (BMBF) tidak perlu dilihat sebagai satu gerakan bersifat perkauman semata-mata.

“Pelbagai isu ditimbulkan Pakatan Harapan sekarang ini. Apatah lagi dengan isu sensitiviti kaum dan agama,”ujarnya. -MalaysiaGazette