CHICAGO – Boeing Co menggantung ujian beban pesawat baharu 777X yang baharu selepas laporan media mengatakan pintu kargo gagal dalam ujian tekanan darat.
“Semasa ujian statik 777X beban akhir pada pesawat, pasukan menghadapi masalah yang menyebabkan ujian digantung,” kata jurucakap Boeing, Paul Bergman dalam satu kenyataan.
The Seattle Times melaporkan pintu kargo meletup keluar semasa ujian tekanan tinggi di atas tanah.
Akhbar itu berkata, kemalangan itu berlaku pada kapal terbang tersebut semasa ujian statik.
Bergman berkata: “Keseluruhannya ujian masih diteruskan”.
Ujian itu dijalankan pada hari Khamis tetapi beliau tidak mengulas butiran mengenai insiden berkenaan.
Masalah terjadi semasa ujian akhir – sebahagian daripada proses pensijilan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.
Dalam ujian beban muktamad, pesawat tertakluk kepada beban dan tegasan yang jauh melebihi keadaan operasi biasa, kata jurucakap itu, sambil menambah kejadian itu sedang disiasat.
Syarikat itu sebelum ini melaporkan kelewatan penghantaran pesawat berbadan tirus 777X pada tahun 2020 kerana masalah enjin General Electric Co.
Boeing yang berpangkalan di Chicago juga tidak dapat menghantar mana-mana pesawat 737 MAX sejak pesawat lorong tunggal digantung di seluruh dunia pada Mac selepas dua kemalangan maut di Indonesia dan Ethiopia membunuh 346 orang. – MalaysiaGazette