KUALA LUMPUR – Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melenting macam ‘kera kena belacan”.
Menurut Presiden MCA itu, beliau sudah beberapa kali menerangakan Pas dan UMNO tidak ada kena mengenai mahu memboikot barangan bukan muslim.
“Kamu (Guan Eng), kamu sebagai kerajaan ada kuasa kalau salah (kempen beli produk muslim) dari segi undang-undang, sila ambil kalau sabotaj, kamu berkuasa sekarang,” katanya dalam video yang dimuatnaik di media sosialnya malam ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Guan Eng yang kecewa MCA dan MIC berdiam diri mengenai kempen yang didakwanya boikot dilakukan melalui wakil-wakil UMNO.
Menurut Ka Siong, Setiausaha Agong DAP itu tidak wajar mengeluarkan kenyataan sembrono dan mahu melaga-lagakan pembangkang.
Beliau juga menyindir Guan Eng, sekiranya tidak memahami Bahasa Melayu supaya mengambil semula Sijil Pelajaran Malaysia sekali lagi.
Beliau juga mengungkit sikap berdolak dalik Guan Eng yang sebelum itu enggan menerima pelawaan debat termasuk dalam isu terowong di Pulau Pinang dan sijil akauntan bertauliah.
Sebelum itu, Presiden MIC, Tan Sri SA Vickneswaran juga mendakwa UMNO dan Pas tidak ada kena mengena dengan dakwaan gerakan memboikot produk bukan muslim di negara ini.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: