Home Ekonomi Harga minyak catat untung hari kelima

Harga minyak catat untung hari kelima

TOKYO – Harga kontrak hadapan minyak naik, berpotensi mencatatkan keuntungan pada hari kelima selepas OPEC dan negara-negara sekutunya bersetuju untuk melanjutkan pemotongan bekalan minyak dalam usaha menyokong harga bahan bakar itu.

Brent naik sebanyak AS$0.42 kepada AS$63.01 setong manakala minyak mentah West Texas Intermediate naik AS$0.46 kepada AS$58.31 setong.

Harga minyak Amerika Syarikat itu naik lebih 2 peratus pada hari Isnin manakala Brent meningkat 1.7 peratus susulan pasaran memberi maklum balas terhadap pelantikan Putera Abdulaziz Salman sebagai Menteri Tenaga Arab Saudi yang baharu pada Ahad lalu.

Putera Abdulaziz adalah ahli delegasi Arab Saudi ke OPEC sejak sekian lama memaklumkan polisi negaranya tidak berubah dan pengurangan bekalan sebanyak 1.2 juta tong sehari juga kekal.

Malah, tegasnya, kerjasama OPEC dan sekutu-sekutunya serta negara-negara bukan OPEC turut kekal. – MalaysiaGazette