Home Seni Hidup Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu maut kemalangan

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu maut kemalangan

dfc50ef12f15d2ad2ad039fd5732548e5d77894a3d178
Allahyarham Harun Mat Piah

KUALA LUMPURn – Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Dr Harun Mat Piah maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan di Jalan Persiaran Pekeliling, Kajang dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kereta Proton Saga FLX dipandu mangsa berusia 81 tahun dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok kira-kira 9.50 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan daripada Hospital Kajang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa di bawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Allahyarham dilahirkan pada 14 November 1937 di Kuala Kangsar, Perak dan menerima pendidikan antaranya di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur.

Dr Harun aktif dalam penerbitan buku herbal dari manuskrip melayu serta mengkaji manuskrip Melayu dalam koleksi-koleksi dunia, di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Sri Lanka, koleksi Eropah dan Amerika Syarikat.

— BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts