Home Nasional WTE Bukit Payong tak jejaskan kawasan sejarah, kata Zuraida

WTE Bukit Payong tak jejaskan kawasan sejarah, kata Zuraida

Gelagat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika mengadakan lawatan ket tapak pameran pada Persidangan Tahunan Pameran Smart Cities Asia 2019, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pembinaan Projek Loji Sisa Ke Tenaga (WTE) di Bukit Payong tidak akan menjejaskan kawasan sejarah seperti yang didakwa pakar pengkaji.

Kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, pelan projek tersebut telah ditetapkan untuk tidak menyentuh kawasan sejarah yang dimaksudkan oleh pengkaji sejarah bebas, Mohd Azlan Mohd Sharif dalam sebuah portal hari ini.

“Dia salah, yang dikatakan tapak warisan itu sangat jauh dari tapak WTE dan tempat itu ada sungai. Di bawah bukit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Smart Cities Asia 2019 Ke-5.

Mohd Azlan dikatakan menentang pembinaan WTE denyan menyatakan terdapat fosil tumbuhan dan batu Aceh berusia ratusan tahun di kawasan itu.

Malah beliau membangkitkan kemungkinan wujud bangkai pesawat Perang Dunia Kedua di kawasan yang sama.

Pada 3 September lalu, Mohd Azlan mendaftarkan Batu Payong sebagai tapak warisan negara. – MalaysiaGazette