LONDON – British American Tobacco Plc akan mengurangkan 2,300 pekerja di seluruh dunia mulai Januari depan – kira-kira 4 peratus daripada tenaga kerjanya bagi memberi tumpuan kepada pilihan rokok baru seperti e-rokok.
BAT adalah syarikat tembakau kedua terbesar dunia.
Lebih daripada 20 peratus kedudukannya akan terjejas berikutan langkah Lucky Strike dan Dunhill menyatukan unit-unit perniagaan masing-masing.
BAT memiliki lebih 55,000 orang kakitangan, menurut laporan tahunan 2018.
Syarikat itu berkata, ia akan melabur dalam perniagaan “kategori baru’ dan akan mengumumkan rancangan untuk menyatukan portfolio.
“Selepas mengambil alih jawatan ketua eksekutif lima bulan lalu, saya telah jelas untik menjadikan BAT sebuah organisasi yang lebih kuat, lebih mudah dan pantas,” kata Jack Bowles.
Matlamatnya adalah untuk mengubah pertumbuhan kategori baru itu – yang terlibat dalam produk glo, vype e-rokok dan puntung tembakau dan nikotin.
BAT telah berkembang dengan membeli Reynolds American pada harga AS$49 bilion pada tahun 2017.
Dengan memberi tumpuan kepada ketiga-tiga jenama “kategori baru”, Bowles berkata, BAT akan bertindak balas terhadap trend baru.
Bulan ini, BAT berkata, ia akan melancarkan dua produk pemanas tembakau baru di Jepun di bawah jenama glo.
Ia juga berusaha untuk menutup jurang dengan peneraju pasaran Philip Morris International Inc (PM.N) dalam industri vape yang cepat berkembang di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette