Home Dunia Dua ditahan kes tipu perpindahan pemain bola sepak

Dua ditahan kes tipu perpindahan pemain bola sepak

Sleksandar Mitrovic

BELGIUM – Dua lelaki ditahan untuk siastan selepas didakwa terlibat dalam penipuan perpindahan pemain bola sepak di Belgium.

Pendakwaraya mendakwa salah seorang suspek merupakan ejen pemain iaitu Christopher Henrotay dicekup di Monaco.

Mereka ditahan pihak berkuasa Belgium dalam satu serbuan pada Selasa dan Rabu lalu.

Pendakwaraya berkata, siasatan melibatkan penghijrahan penyerang Sleksandar Mitrovic dari Anderlecht ke Newcastle United pada 2015 dengan nilai 13 juta pound.

“Wujud kemungkinan unsur pengubahan wang haram dan rasuah dalam konteks perpindahan pemain bola sepak,” katanya.

Polis turut menyiasat dan penggeledahan di London yang mana jurucakap Polis Metropolitan berkata, mereka membantu siasatan polis Belgium mencari bahan bukti sokongan bagi mengukuhkan pendakwaan.

Difahamkan, Newcastle tidak terlibat secara langsung dalam inkuiri tersebut.

Pada April lalu, kelab Anderlecht digeledah polis berkaitan kes tersebut namun tiada sebarang tangkapan dibuat.- MalaysiaGazette