Home Nasional Hukum gantung kepada pesalah jual MyKad

Hukum gantung kepada pesalah jual MyKad

Logo Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 09 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi menuntut kerajaan mengenakan tindakan hukuman gantung mandatori terhadap pesalah rasuah yang menjual MyKad dan pasport kepada warga asing.

Hukuman itu setimpal sebagai pengajaran dan tauladan kerana menjual kerakyatan seperti MyKad dan pasport adalah perbuatan yang mencabul kedaulatan negara, kata presidennya, Datuk Norashikin Abdul Ghani.

“Di negara seperti China dan Vietnam hukuman mati dilaksanakan ke atas pesalah dan pelindung jenayah rasuah kerana mereka mengkhianati bangsa dan negara.

Ketika ini, kata Norakshikin, rakyat sedang marah, kecewa dan berdukacita dengan kegiatan penjualan MyKad yang dipercayai didalangi oleh pegawai JPN.

“Kredibiliti JPN untuk mengeluarkan MyKad dipertikaikan, mungkin organisasi itu wajar diletak dibawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia.

“Jabatan Imigresen juga diminta memperketatkan peraturan mengeluarkan pasport manakala PDRM perlu meningkatkan pemantauan bagi mengesan pemilik MyKad sindiket.
,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebagai negara yang ada undang-undang, segala tindakan mengurangkan hukuman terhadap sindiket tidak dapat diterima kerana kegiatan itu sudah lama khususnya di Sabah dan kini berleluasa di Semenanjung.

Jika tiada sebarang usaha untuk mencegah, akan menyebabkan negara kita akan hilang identiti malah hak rakyat diceroboh sewenang-wenangnya oleh warga asing, kata Norashikin. – MalaysiaGazette