Home Seni Hidup Sufian ambil anak angkat

Sufian ambil anak angkat

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Sufian Suhaimi meluahkan rasa gembira dan syukur kerana memiliki seorang anak angkat, Faeq.

Malam tadi, menerusi entri instagram, penyanyi lagu Di Matamu itu menyifatkan kehadiran Faeq membuatkan kehidupannya menjadi lengkap.

“Pertama kali saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah sangat pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain.

“Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu, ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat.

“Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini. Sudah tentu, selama ini saya mengambil masa yang banyak untuk berdoa kepada Allah. Semua saya ceritakan.

“Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia. Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Ada sesuatu yang istimewa tentang anak ni.

“Apabila mereka ada di sekeliling saya, saya rasa lengkap. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi saya dapat rasakan ini adalah masa yang tepat sekali untuk saya ambil anak angkat, itu juga satu rezeki.

“Selamat datang dalam hidup saya, Faeq. Ayah Yan sayang Faeq Tau,” tulisnya panjang lebar. – MalaysiaGazette