Home Sukan Turan berdepan hukuman penjara 3 tahun

Turan berdepan hukuman penjara 3 tahun

Arda Turan

ISTANBUL – Pemain tengah Barcelona, Arda Turan berdepan hukuman penjara hampir tiga tahun kerana didakwa bergaduh di kelab malam dan melepaskan tembakan di hospital.

Dia yang kini dipinjamkan ke kelab Turki, Istanbul Basaksehir dalam insiden dengan rakannya, Berkay Sahin pada Oktober 2018.

Ini selepas Sahin yang juga artis Turki menuduh Turan cuba memikat isterinya, Ozlem Ada Sahin.

Turan dilaporkan mengeluarkan kata-kata celupar dan tidak menghormati kepada isteri Sahin.

Dia dilaporkan berkata kepada Ada dengan kenyataan ‘jika saya masih bujang, saya tidak akan lepaskan wanita seperti kamu.

Turan pada awalnya menafikan dia bergaduh dengan Sahin yang merupakan sahabat karibnya.

Namun terdapat beberapa rakaman video dipaparkan oleh beberapa siaran televisyen di Turki yang jelas memaparkan pergaduhan Turan dan Sahin.

Turan turut didakwa menceroboh hospital dengan membawa pistol.

Sekiranya didapati bersalah, Turan bakal berhadapan hukuman penjara antara tiga tahun sehingga 12 tahun 6 bulan.

Ini kerana dia berdepan emoat pertuduhan iaitu gangguan seksual, memiliki senjata api tanpa lesen, sengaja mengakibatkan kecederaan dan menceroboh premis awam dengan keadaan merbahayakan keselamatan awam.

Perbicaraan kes tersebut bermula semalam yang mendapat liputan meluas oleh media Turki dan antarabangsa.

Sahin dan isterinya turut hadir. – MalaysiaGazette