KUALA LUMPUR – Dek kerana suasana jerebu yang semakin kuat, netizen hari ini berbahasa-basi kepada rakyat Indonesia.
Seorang pengguna Twitter, @ZhariffJohann berkata, rakyat republik itu tidak pula mahu ‘claim’ jerebu sebagai khazanah negara itu.
“Takde rakyat kamu (Indonesia) mau claim jerebu ni ke? Banyak ni,” katanya di status beliau.
‘Claim’ bermaksud tuntutan sesuatu makanan, budaya dan hak mutlak sesebuah negara.
Sebelum ini, popiah, nasi lemak dan cendol menjadi topik hangat rakyat Malaysia dan Indonesia dalam menurut hak sebagai warisan budaya nasional negara masing-masing.
Malah netizen sebelum ini turut ‘claim’ penyanyi Yuna sebagai rakyat mereka.
Malah menurut @NiniNell, secara tiba-tiba Indonesia tidak mengaku kebakaran terbuka di negara itu yang menyebabkan jerebu melanda Malaysia.
“Hutan terbakar ni dah macam annual event kat indonesia. Tapi tiap tahun jugak lah seboleh-boleh taknak mengaku benda tu punca jerebu,” kritik beliau di Twitter.
Turut ada yang sinis mengenai kenyataan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya yang berkata jerebu yang melanda negara ini bukan berpunca dari Indonesia, sebaliknya dari Sarawak.
“Orang kata Jerebu berasal dari Sarawak. Nanti boleh check kad pengenalan Jerebu betul tidak dia asal dari Sarawak takut dapat butiran asal warganegara lain,” katanya di Twitter.
Cuaca berjerebu hari ini menyaksikan lima kawasan di Selangor mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Kuala Selangor (104), Petaling Jaya (139), Shah Alam (135), Klang (128) dan Banting (123).
Turut merekod bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (126), Seremban (105) dan Port Dickson (102) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (102) dan Bandaraya Melaka, Melaka (105); Batu Muda (152) dan Cheras, Kuala Lumpur (144); Segamat (104) dan Tangkak (113) di Johor; Putrajaya (140) dan Rompin, Pahang (161).
Kawasan lain yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Minden (113), Balik Pulau (111) dan Seberang Jaya (105) di Pulau Pinang; Tasek Ipoh (117), Pegoh Ipoh (101) dan Seri Manjung (124) di Perak serta Sungai Petani (109) dan Kulim Hi-Tech (108), Kedah. -MalaysiaGazette