RIO DE JANEIRO – Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebuah hospital di bandar raya ini terbakar.
Globo News melaporkan, kebakaran di Hospital Badim yang terletak di utara Rio De Janeiro berlaku sekitar 6.30 petang (2130GMT).
Rakaman televisyen menunjukkan para pesakit terbaring di atas katil ditempatkan di atas jalan raya dan dikelilingi jururawat dan doktor.
Setakat ini jumlah kematian sebenar masih belum disahkan.
Kebakaran itu berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam. – MalaysiaGazette