Zaman filem yang menyelit adegan atas ranjang dan seksi demi menghiburkan orang sudah berlalu, sekarang filem bermutu, kemasyarakatan dan mengangkat emosi perpaduan menerima sambutan baik.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berharap lebih banyak filem berkualiti seperti Suatu Ketika Langitkan Impianmu’ yang mengetengahkan mutu, emosi dan soal kemasyarakatan diterbitkan pada masa akan datang di negara ini.