Home Dunia Suspek insiden MH17 didakwa pulang ke Donesk

Suspek insiden MH17 didakwa pulang ke Donesk

Volodymyr Tsemak. foto Agensi

KIEV – Bekas pejuang puak pemisah Donetsk People’s Republic (DPR), Volodymyr Tsemakh, yang terlibat dalam pertukaran banduan antara Ukraine dengan Rusia telah kembali ke wilayah Donetsk, kata anak perempuan Tsemakh, Maria.

“Ya, kami telah pulang. Ayah saya berada di rumah,” kata beliau kepada agensi berita, Interfax-Ukraine.

Ssbelum ini, dilaporkan unit khas tentera Ukraine berjaya membawa ‘Ketua pertahanan udara Briged Sloviansk’ secara rahsia dari bandar Snizhne di wilayah Donetsk yang dikuasai puak pemisah ke wilayah yang dukuasai Ukraine.

Laporan itu menyebut Tsemakh merupakan saksi insiden kemalangan pesawat Boeing, B777 milik Malaysia Airlines yang jatuh terhempas akibat ditembak peluru berpandu, BUK buatan Rusia pada Julai 2014. – Agensi