Home Dunia Serangan dron: Separuh pengeluaran Arab Saudi terjejas

Serangan dron: Separuh pengeluaran Arab Saudi terjejas

Kebakaran besar di loji pengeluaran utama Aramco selepas diserang oleh Houthi. foto Agensi

RIYADH – Arab Saudi telah mengurangkan pengeluaran minyak dan gas susulan serangan dron ke atas dua kemudahan minyak utama Aramco semalam.

Menteri Tenaganya, Putera Abdulaziz bin Salman berkata, serangan itu telah menyebabkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 5.7 juta tong sehari – separuh daripada pengeluaran Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan oleh agensi berita SPA, Putera Abdulaziz berkata, serangan itu menyebabkan penggantungan sementara pengeluaran di loji Abqaiq dan Khurais.

Pemberontak Houthi mengesahkan telah melancarkan 10 dron untuk serangan itu,

Namun, Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat menyalahkan Iran kerana menyatakan tidak ada bukti serangan itu dari Yaman.

Pompeo berkata, Amerika Syarikat sedang bekerjasama dengan sekutu-sekutunya untuk memastikan pasaran minyak terkawal.

Hubungan Amerika Syarikat dan Iran tegang selepas Donald Trump menarik balik had rundingan aktiviti nuklear tahun lalu dan mengenakan sekatan ke atas minyak Tehran.

Arab Saudi yang mengetuai kerjasama ketenteraan yang disokong barat menyokong kerajaan Yaman manakala Iran pula dibantu oleh pemberontak Houthi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin Nasser berkata, keadaan di lojinya adalah terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pompeo berkata, Amerika Syarikat sedang bekerjasama dengan sekutu-sekutunya untuk memastikan pasaran minyak terkawal.

Jurucakap Houthi, Yahya Sarea memberitahu stesen televisyen al-Masirah yang dimiliki pergerakan itu dan berpangkalan di Beirut bahasa serangan selanjutnya akan dilakukan pada masa depan.

Serangan semalam adalah operasi terbesar oleh Houthi ke atas Arab Saudi dan ‘ia merupakan kerjasama dengan dengan individu terhormat dalam negara itu’.

Serangan itu menyebabkan kebakaran besar di Abqaiq di loji pemprosesan terbesar di lokasi Aramco dan serangan dron kedua bermula di medan minyak Khurais. – MalaysiaGazette