Home Sukan David de Gea kekal di Old Trafford sehingga 2023

David de Gea kekal di Old Trafford sehingga 2023

David De Gea.

LONDON – David de Gea akhirnya menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United hari ini.

Ia sekali gus menjawab segala spekulasi yang mengaitkan pemain itu dengan penghijrahan ke Sepanyol menjelang musim hadapan selepas kontrak berbaki semusim lagi tamat.

Kontrak baharu bertempoh empat tahun itu membolehkan penjaga gol utama Sepanyol itu kekal di Old Trafford sehingga 2023.

de Gea, 28, telah menyertai Red Devils di bawah kendalian bekas pengurus legenda, Sir Alex Ferguson pada tahun 2011.

Dia melengkapkan perpndahan dari Atletico Madrid dengan nilai 18.9 juta pound.

“Kini masa depan saya sudah dimuktamadkan bersama the Red Devils.

“Saya berbangga telah bersama kelab selama lapan musim dan kontrak baharu ini akan memastikan saya mara ke depan demi mengejar lebih banyak kegemilangan bersama kelab dan pasukan di bawah Pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

“Apa yang saya mahukan sekarang adalah ingin berusaha keras membantu pasukan menang seberapa piala dan kejuaraan demostik dan Eropah,” katanya.

Dengan kontrak baharu itu, de Gea dijangka menerima gaji mingguan sekitar 375,000 pound.

Sebelum ini de Gea didakwa tidak bersedia untuk berunding dengan kelab dan menuntut gaji tinggi untuk kekal di Theatre of Dreams. sekaligus mengaitkannya dengan beberapa kelab elit Eropah.

Juventus dan PSG antara kelab yang dikatakan mengintai khidmat pemain Sepanyol itu.- MalaysiaGazette