Home Dunia Harga minyak melonjak 15 peratus, bekalan minyak global terjejas

Harga minyak melonjak 15 peratus, bekalan minyak global terjejas

Dua loji pemprosesan minyak di Arab Saudi diserang menyebabkan bekalan minyak global terjeas.
NEW YORK – Harga minyak melonjak lebih 15 peratus, paras tertinggi dalam tempoh empat bulan selepas serangan terhadap loji pemprosesan minyak Arab Saudi pada Sabtu menyebabkan lebih 5 peratus bekalan minyak global terjejas.

Niaga depan minyak mentah Brent melonjak lebih 15 peratus kepada US$71.95 pada pembukaan, manaka minyak mentah Amerika Syarikat naik 15 peratus menjadikannya US$63.34 setong. Kedua-duanya mencatatkan penanda aras tertinggi sejak Mei lalu.

Senario lonjakan itu bermula apabila Presiden AS, Donald Trump membenarkan pengeluaran minyak dari Rizab Petroleum Strategik AS (SPR) jika keadaan memerlukan dalam kuantiti yang ditentukan kelak berikutan serangan terbaharu itu.

Eksport minyak Arab Saudi kekal seperti biasa mingggu ini apabila kerajaan negara itu menggunakan stok dari loji penyimpan, sumber industri memberitahu.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi memberitahu, serangan menggunakan dron pada sabtu lalu menyebabkan kebakaran di loji pemprosesan minyak Aramco, bagaimanapun keadaan kini terkawal.

Loji tersebut terletak di Abqaiq berhampiran Ammam di wilayah timur, manakala sebuah lagi loji yang diserang pula berada di Hijrat Khurais.  – Agensi