Kementerian Pendidikan Malaysia menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam menentukan penutupan mana-mana sekolah di setiap negeri jika bacaan indeks pencemaran udara (IPU) terjejas teruk.
“Jerebu kita bergantung kepada bacaan IPU dan kita menyerahkan kepada JPN untuk mengikut SOP yang telah ditetapkan.
“Jadi kalau ada mana-mana negeri yang bacaan IPUnya tinggi, dan melepasi tahap bahaya itu, maka JPN akan meneliti keputusan menutupnya.