Home Ekonomi Momentum bursa meningkat

Momentum bursa meningkat

Harga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikan minggu lalu untuk dibuka lebih tinggi hari ini, ditolak naik sokongan belian berterusan di kaunter utama terpilih, walaupun perdagangan bercampur-campur di bursa serantau dan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.65 mata kepada 1,607.90 daripada 1,601.25 Jumaat lalu.

Indeks itu dibuka 8.67 mata lebih rendah pada 1,609.92.

Pasaran ditutup Isnin sempena sambutan Hari Malaysia.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 172 berbanding 100 dengan 193 kaunter tidak berubah, manakala 1,514 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Sejumlah 280.51 juta saham bertukar tangan bernilai RM108.92 juta. – MalaysiaGazette