Home Sukan Liga Juara Juara Eropah: Liverpool tunduk kepada Napoli

Liga Juara Juara Eropah: Liverpool tunduk kepada Napoli

Liverpool tersungkur dalam aksi pembukaan Liga Juara Juara Eropah 2-0 di tangan Napoli dalam kumpulan E awal pagi tadi

NAPLES – Napoli menundukkan Liverpool 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi awal pagi ini.

Napoli membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Dries Merten pada minit ke-82 sebelum Fernando Llorente menambah jaringan pada minit ke-92.

Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas Andy Robertson menerjah Jose Callejon.

Kesilapan pemain pertahanan rhe Reds, pertahanan Virgil van Dijk pada penghujung perlawanan membolehkan Fernando Llorente melakar nama sebagai penjaring gol.

Ia merupakan kekalahan juara bertahan pada perlawanan pembukaan Liga Juara-juara Eropah pertama sejak 1994.

Aksi memberangsangkan bek pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly berjaya melumpuhkan perancangan Liverpool.

emain terbaik Serie A musim lalu itu melakukan beberapa pintasan bagi mematahkan serangan lawan yang diketuai Roberto Firmino dan Mohamed Salah.

Kejayaan tersebut merupakan kemenangan kelima Napoli daripada enam aksi menentang kelab Inggeris di halaman sendiri. – MalaysiaGazette