Home Utama Pandikar, Salleh Keruak tak boleh masuk PH – Rayer

Pandikar, Salleh Keruak tak boleh masuk PH – Rayer

KUALA LUMPUR – Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Seri Salleh Said Keruak masing masing menjawat jawatan Presiden dan Penasihat Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO) perlu dihalang menyertai Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen PH Jelutong, RSN Rayer berkata, kesetiaan kedua-dua bekas Pemimpin UMNO Bahagian Kota Belud itu tidak konsisten.

Kata beliau, dua pemimpin berkenaan banyak terhutang kemaafan daripada rakyat Malaysia terhadap kepincangan kerajaan terdahulu yang dan dihalang mereka daripada pengetahuan umum.

“Rakyat Malaysia tidak patut memaafkan Pandikar Amin Mulia dan juga Salleh Said Keruak dan jangan sesekali membenarkan mereka sertai PH sekarang dan selama-lamanya.

“Ini kerana kesetiaan mereka akan berubah mengikut peredaran waktu, tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan wakil rakyat DAP itu menyusul bagi mengulas kenyataan Pandikar semalam yang meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pandikar menyifatkan Anwar sebagai pemimpin layak atau ‘The last samurai’ untuk menerajui kepimpinan negara selepas Tun Dr. Mahathir Mohmad pada Sambutan Perhimpunan Memperingati Hari Malaysia 2019 di Kota Belud, Sabah anjuran Pandikar dan Salleh yang dihadiri Anwar.

Rayer berkata, rakyat mesti mengimbas kembali kebiadaban Pandikar menekan dan menghalang wakil rakyat PH daripada membangkitkan skandal 1MBD di Parlimen dan mengampu serta melindungi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pandikar juga berhutang maaf atas kenyataan semasa PRK Sandakan selain kepada Lim Kit Siang kerana menghalau wakil rakyat veteran itu dari dewan rakyat semasa perbahasan skandal 1MDB.

“Pandikar Amin Mulia sepatutnya memohon maaf kepada rakyat kerana cuba menghalang Parlimen membentangkan dan membahaskan skandal 1MDB.

“Salleh Said Keruak and Pandikar Amin Mulia adalah protagonis kuat Najib Tun Razak dan menjadi alat menggambarkan skandal 1MDB kononnya sebagai propaganda asing untuk menjejaskan kerajaan pimpinan Najib,” kata beliau. -Ma laysiaGazette