LONDON – Bekas pertahanan Rangers, Fernando Ricksen meninggal dunia semalam pada umur 43 tahun selepas bertarung dengan penyakit neuron motor (MND).
Pemain antarabangsa Belanda itu dikesan menghidap sklerosis lateral amiotrofik (ALS) pada Oktober 2013.
ALS yang juga dikenali sebagai MND adalah keadaan di mana saraf yang mengawal gerakan badan tidak lagi berfungsi dengan baik.
Individu yang berdepan masalah ini sukar menggerakkan anggota badan mereka, mengekalkan postur, menelan, dan pernafasan.
Lebih teruk lagi ia turut memendekkan jangka hayat penghidapnya.
“Rangers amat berduka untuk mengumumkan bekas pemain kami, Fernando Ricksen telah meninggal dunia pada pagi ini (semalam) disebabkan penyakit neuron motor yang dihidapnya.
“Fenando menghabiskan enam musim yang penuh kejayaan di Ibrox dengan beberapa pemain Belanda lain di bawah kendalian Dick Advocaat pada tahun 2000,” kata kelab itu di laman Twitter.
Ricksen merupakan pemain tengah yang juga boleh bermain di posisi bek kanan telah mengumpul dua kejuaraan Liga Scotland, dua Piala Scotland dan tiga Piala Liga.
Pada tahun 2006, RIcksen dipinjamkan ke Zenit St Petersburg secara pinjaman.
Bersama kelab Rusia itu, RIcksen mendakap kejuaraan domestik dan juga memenangi Piala UEFA pada tahu 2008. – MalaysiaGazette