KUALA LUMPUR – PKR hari ini berkata semua pihak dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) telah maklum akan isu peralihan jawatan Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Pengerusi PH sendiri, Dr Mahathir telah berkali-kali mengulangi komitmen beliau untuk mengotakan janjinya.
“Justeru itu, semua pihak dimohon untuk memberikan ruang masa kepada Tun Mahathir untuk merealisasikan janji memulihkan ekonomi sekaligus menyelamatkan negara dari musnah akibat dari masalah-masalah meruncing yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
“Sarang tebuan jangan dijolok, kelak menyesal buruk padahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Shamsul Iskandar tidak memperincikan pihak mana yang dimaksud beliau.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata, isu tersebut tidak perlu lagi dibangkitkan mana-mana pihak kerana PKR akan teguh di bawah kedua-dua pemimpin ini dalam merencanakan masa depan Malaysia.
“(Pihak-pihak tertentu) tidak perlulah bagaikan api dalam sekam mencuba secara halus mencetuskan api permusuhan.
“PKR berjanji akan tetap berdiri teguh di belakang kedua-dua pemimpin ini dan berikrar akan terus berada di barisan hadapan bagi mempertahankan cubaan anasir-anasir dari luar mahupun gunting dalam lipatan yang cuba untuk merosakkan keharmonian yang telah sedia terjalin,” katanya lagi.
Isu peralihan kuasa Perdana Menteri sering mendapat perhatian walaupun Dr. Mahathir berulang kali menyebut akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar apabila tiba waktunya kelak.
Anwar semalam mengulangi keyakinan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan daripada Dr Mahathir berdasarkan perjanjian yang telah dibentuk sebelum ini.
Dalam temu ramah bersama Bloomberg TV, Anwar berkata, peralihan kuasa itu dijangka berlangsung pada tahun hadapan. -MalaysiaGazette
Otaik…jika bang AL mjd pm ketot otaik ni akn d angkat mjd menteri bhgian hal ehwal mngankat taik…tu yg c ketot ni beria²benar nk bang al mjd pm…woii ketot suruh idola lubang taik kau tu pimpin ph dlm pru 15 nnti laa…klu ada maruah laa..klu bang al menang jd lh pm…ini nk jd pm hadil dr fitnah dn belas ehsan tun…raayat ttipu dgn tun kutty dulu bkn nya nk kan abg al mjd pm…jd lh pm bmaruah bkn pm tepi lubang taik…