TERKINI : 2 Hari Sekolah Tutup “Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya” – Maszlee Malik

Semua sekolah-sekolah termasuk Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan ditutup selama dua hari bermula Khamis esok.

Keputusan itu diumumkan Menteri Pendidikan Dr.Maszlee Malik, di Pejabat kementeriannya di sini petang tadi.

Kata beliau rentetan pengumuman berkenaan, para guru-guru adalah diberi pilihan untuk bekerja dari rumah sekiranya sekolah terlibat dengan pengumuman penutupan dan perlu memaklumkan sekolah pengetua atau guru besar mengenainya.