Home Seni Hidup Maya tegur Jokowi

Maya tegur Jokowi

Maya Karin

KUALA LUMPUR – Pelakon Maya Karin mencetuskan kontroversi apabila ciapan melalui akaun Twitter miliknya berkenaan krisis jerebu mengundang kemarahan netizen.

Pada ciapan itu, heroin Ombak Rindu itu turut menandakan dengan nama Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi.

“Hi orang Indonesia. @jokowi Anda membenarkan kebakaran hutan setiap tahun.

“Memberikan jerebu setiap tahun kepada Malaysia dan Singapura sampai tak boleh bernafas.

“Apakah penyelesaiannya? Perlukah kita benarkan ketamakan menang?” tulisnya.

Tidak berakhir di situ, menerusi siri ciapan, Maya berkata, dia tidak melihat mana-mana menteri agresif membantah secara terbuka perbuatan membakar hutan dan ladang pertanian di Indonesia yang menjadi pencetus jerebu. – MalaysiaGazette