Home Dunia Populasi burung semakin berkurangan

Populasi burung semakin berkurangan

Di Indonesia burung dikurung di dalam sangkar untuk pelbagai aktiviti termasuk pertandingan suara burung. foto Agensi

NEW YORK – Populasi burung di Asia dan Amerika Syarikat (AS) kini semakin berkurangan.

Kajian mendapati pengurangan kira-kira 3 bilion burung di AS dan Kanada pada hari ini berbanding tahun 1970 – pengurangan sebanyak 29% daripada populasi burung di Amerika Utara.

Selain itu, di Kepulauan Jawa, Indonesia, kebanyakan burung kini ditempatkan di dalam sangkar berbanding hidupannya sendiri.

Para saintis berharap dapatan daripada kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Sains dan Pemuliharaan Biologi ini dapat memberi kesedaran kepada semua.

Kajian yang dijalankan oleh Dr Ken Rosenberg dari makmal Cornell Ornithology dan American Bird Conservancy, adalah yang pertama untuk populasi burung.

Kajian Amerika Utara mendedahkan banyak burung yang pupus di seluruh jenis habitat – dari padang rumput ke pantai ke padang pasir.

Para saintis menyimpulkan kepupusan ini berlaku dengan pelbagai sebab, faktor utama adalah kehilangan habitat yang didorong oleh aktiviti manusia.

“Kami tahu ada jumlah spesies yang merosot. Dan, kami terkejut apabila burung di belakang rumah, spesis biasa semakin pupus. Kita mengalami kerugian besar akibat kepupusan ini,” ujarnya.

Pengiraan pasukan penyelidikan yang diketuai Ken itu didasarkan kepada mengumpulkan pemantauan burung di Amerika Utara selama 50 tahun yang lalu – setiap kaji selidik utama yang dijalankan di seluruh benua sejak tahun 1970.

Kepupusan ini mempunyai trend yang sama di dunia dan di Asia ia juga menunjukkan kepupusan sama akibat manusia. – MalaysiaGazette