BERMUDA – Ribut Tropika Humberto bergerak ke utara di Atlantik sejak semalam di Bermuda menyebabkan bekalan elektrik terjejas teruk kepada hampir 30,000 penduduk sekitarnya.
Bagaimanapun, agensi melaporkan, setakat ini tidak ada sebarang kemalangan jiwa dicatatkan namun rata-rata beberapa bahagian rumah seperti bumbung telah musnah dan diterbangkan angin.
Penduduk juga dinasihatkan supaya tidak sesekali keluar rumah kerana bahaya menanti dengan kabel elektrik dan pokok tumbang, syarikat pembekal elektrik Bermuda, Belco berkata, lebih 28,600 pelanggan terputus bekalan elektrik akibat ribut berkenaan.
Humberto membadai kepulauan kecil British itu dengan taufan dan angin kuat,menyebabkan banyak bumbung terbang.
Pusat Taufan Nasional di Miami mengeluarkan amaran banjir mungkin berlaku di sepanjang pantai Bermuda dan membawa arus bahaya dari Florida ke Utara Carolina.
Setakat 9 pagi waktu tempatan, Humberto dengan kelajuan 400km sejam ke utara Bermuda, masih dalam Kategori 3. –MalaysiaGazette