KUALA LUMPUR – “Cuba fikir apabila sesebuah syarikat yang tahu aset-aset ini sedang di jual dalam keadaan terdesak, pastinya harga itu juga akan di kompromi dan ditawarkan dengan lebih murah daripada harga asal atau yang terkini. Kita juga yang rugi.
“Bila orang tahu syarikat itu mahu bankrap, harganya juga menurun. Janganlah begitu jual harta. Ini seperti jual kain baju kita. Harta sudah tiada, hutang sahaja meningkat.
“Fikirlah dengan sebaik mungkin sebelum buat satu-satu keputusan itu. Kerajaan tiada duit tapi mahu buat pembangunan, untuk itu jual pula aset negara, pelabur dari luar juga tahu apa yang sedang berlaku,”