KUALA LUMPUR – Balu Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya menyeru orang ramai supaya menghentikan spekulasi liar berhubung kematiannya suaminya.
“Saya tak naklah individu-individu luar ini mengaitkan apa-apa pasal arwah. Dalam ketenteraan ini saya faham situasi.
“Saya mohon itulah bila dibangkit-bangkitkan yang bukan-bukan kesian arwah dalam kubur. Orang dah tiada, yang saya boleh sampaikan saya redha dengan pemergian arwah,” kata Nour Shafinar Harun kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.