Home Sukan Granada terajui La Liga, kejutkan Barca

Granada terajui La Liga, kejutkan Barca

GRANADA – Barcelona terus dirundung malang apabila tewas 0-2 di tangan Granada, permulaan terburuk liga sejak 25 tahun lalu ketika juara bertahan itu cuba memperbaiki pertasi, manakala pasukan yang baharu beraksi dalam Liga Sepanyol musim ini pula mengunggulinya.

The Catalans bermula tanpa penjaring utama, Lionel Messi dan pemain muda sensasi, Ansu Fati yang menyaksikan ia ketinggalan seawal minit kedua menerusi tandukan Ramon Azeez, lapor Reuters.

Pengurus Barca, Ernesto Valverde membawa masuk Messi dan Fati pada separuh masa kedua dan walaupun kehadiran pemain tersebut meningkatkan aksi pasukan pelawat, Granada masih berupaya menggandakan jaringan pada minit ke-66 menerusi sepakan penalti.

Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan pemain simpanan, Arturo Vidal dan penyerang Grenada dengan keyakinan tinggi menewaskan Marc-Andre ter Stegen yang menyelamatkan sepakan penalti pemain Borussia Dortmund, Marco Reus pada aksi Liga Juara-Juara pada Selasa lalu.

“Kekalahan ini menjejaskan kami dan membuatkan kami sangat risau dan kami perlu mengkaji semula pada diri kami untuk beraksi dengan lebih baik,” kata pemain Barca, Luis Suarez selepas pasukannya meghadapi kekalahan kedua dalam lima perlawanan liga yang mengesahkan permulaan liga terburuk sejak musim 1994/95.

“Adalah sukar untuk kami selepas ketinggal hanya dalam beberapa minit permainan, kami tidak dapat menguasai perlawanan. Kami perlu menganalisa apa yang yang tidak kena dalam perlawanan ini, jelas kami khautir mengenai kekurangan peluang (untuk menjaringkan gol),”.

The Catalans yang mengumpul tujuh mata selepas mengharungi lima perlananan kini menghuni tangga ke tujuh La Liga manakala Granada berada di puncak dengan 10 mata.

Sevilla yang berada di tempat kedua dengan 10 mata berpeluang memintas Granada apabila pasukan itu bertemu Real Madrid hari ini, manakala Alletico Madrid berada di tempat ketiga dengan mengutip 10 mata setelah seri 0-0 dengan Celta Vigo. – Agensi