KUALA LUMPUR – Sebanyak 57 buah sekolah di daerah Kuala Langat dan Klang, Selangor akan ditutup esokĀ berikutan bacaan IPU melebihi 200 pada pukul 3 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, penutupan sekolah itu membabitkan 68,025 pelajar,
Tambahnya, bagi sekolah di kawasan bacaan IPU melebihi 100 diingatkan supaya menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah.
“Aktiviti keramaian/sukan di luar bangunan hendaklah ditangguhkan,” kata kenyataan itu.
Sekolah di negeri itu juga diingatkan untuk ditutup serta merta jika bacaan IPU di kawasan mereka melebihi 200 dan melaporkannya kepada Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan Jabatan Pendidikan negeri (JPN). – MalaysiaGazette