Home Foto Pilihan LENSA MG | “PERCUMA” Belajar Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON

LENSA MG | “PERCUMA” Belajar Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON

Reaksi salah seorang peserta ketika sesi pembelajaran pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) merupakan bahasa komunikasi bagi golongan kurang upaya pendengaran dan bisu di Malaysia. Secara umumnya bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang kurang upaya pendengaran untuk berkomunikasi secara visual antara satu sama lain.

Komunikasi disampaikan dengan menggunakan pergerakan tangan, pergerakan badan dan mimik muka. Individu lawan bicara pula menggunakan deria penglihatan untuk menerima dan memahami maksud isyarat tersebut.

Isyarat-isyarat yang dihasilkan oleh orang kurang upaya pendengaran merupakan keperluan minimum mereka untuk berhubung. Oleh yang demikian didapati unsur-unsur persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan bahasa isyarat orang kurang upaya pendengaran antaranya pergerakan benda, saiz benda , sifat benda, kelainan dan keistimewaan benda, lakon kembali dan perbuatan berdasarkan budaya .

Menurut pengasas #SIGNON, Mohd Armi Rusli, 36 yang merupakan anak kelahiran Kelantan dan kini menetap di Selangor. Penubuhan #SIGNON adalah merupakan satu usaha bagi memudahkan komunikasi asas di antara rakyat Malaysia dan golongan kurang upaya pendengaran dan bisu.

Kelas asas bahasa isyarat yang dijalankan oleh #SIGNON adalah percuma kepada mereka tidak mengira usia, bangsa dan keupayaan masing-masing yang ingin mempelajari bahasa isyarat. Kelas ini akan diadakan pada minggu akhir setiap bulan, maklumat lanjut boleh didapat di akaun Facebook mereka iaitu Malaysia Sign Language-Bahasa Isyarat dan jugak akaun rasmi Instagram, @malaysiansignlanguage.

 

Pengasas #SIGNON, Mohd Armi Rusli ketika mengajar pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Seorang peserta cilik dilihat menunjukkan simbol abjad L ketika hadir pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Pengasas #SIGNON, Mohd Armi Rusli ketika memula sesi pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Antara peserta cilik ketika sesi pembelajaran pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Peserta yang merupakan orang kurang upaya penglihatan, Mohamad Amir, 32 tidak melepaskan peluang menghadiri kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Peserta yang merupakan orang kurang upaya penglihatan, Mohamad Amir, 32 tidak melepaskan peluang menghadiri kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Peserta yang merupakan orang kurang upaya penglihatan, Mohamad Amir, 32 tidak melepaskan peluang menghadiri kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Peserta-peserta ketika sesi pembelajaran pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Antara rujukan abjad yang digunakan oleh peserta ketika hadir pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Seorang peserta menunjukkan simbol abjad I pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Seorang peserta cilik dilihat menunjukkan simbol abjad I ketika hadir pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Seorang sukarelawan #SIGNON dilihat melakukan persiapan sebelum bermulanya kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Pengasas #SIGNON, Mohd Armi Rusli ketika ditemubual pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
Seramai 180 orang peserta yang hadir bergambar kenangan pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.

 

VIDEO BERKAITAN :