Home Nasional Pasang juga kamera badan pada penguatkuasa JPJ, DBKL

Pasang juga kamera badan pada penguatkuasa JPJ, DBKL

Nicole Wong

KUALA LUMPUR – Penggunaan kamera badan terhadap anggota penguatkuasa, terutamanya anggota polis, memang satu langkah yang tepat dan perlu dilaksanakan pada masa terdekat sekiranya kerajaan dapat menampung kosnya yang mungkin agak tinggi.
.
Cadangan itu bukan sahaja dapat meningkatkan integriti anggota-anggota polis malah ia juga memberi perlindungan kepada mereka sekiranya mereka dituduh salah guna kuasa atau difitnah, kata Pengerusi Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting

Menurutnya, cadangan tersebut sudah lama didengar tetapi ia tidak pernah dilaksanakan dan direalisasikan.

Beliau turut mencadangkan kamera badan tersebut bukan sahaja terhad untuk anggota polis, tetapi ia kelak membabitkan semua anggota penguat kuasa daripada agensi-agensi lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, imigresen, kastam dan lain-lain.

Katanya, pemasangan kamera badan itu juga memberi jaminan kepada anggota penguatkuasa terbabit yang juga penjawat awam daripada menjadi mangsa penganiayaan kerana memang pernah berlaku anggota penguatkuasa teraniaya dan dituduh kononnya mereka salah guna kuasa ataupun rasuah.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penggunaan kamera badan pada pegawai penguatkuasa seperti polis, imigresen dan kastam bagi menangani kes salah laku pegawai termasuk rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya,  syor penggunaan kamera badan itu dipersetujui memandangkan terdapat pelbagai dakwaan salah laku pegawai semasa bertugas seperti memukul orang yang disiasat. – MalaysiaGazette

Guna kamera badan pada pegawai elak salah laku – Dr Mahathir