Friday, November 15, 2024
Home Politik Gambar pengantin: Itu kena tanya tukang tulis – Khalid Samad

Gambar pengantin: Itu kena tanya tukang tulis – Khalid Samad

Khalid Abdul Samad

PUTRAJAYA – “Itu (gambar yang Datuk Sri Abdul Hadi Awang danĀ  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpakaian pengantin) kena tanya tukang tulis sendiri” kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, sama ada gambar tersebut sesuai disiarkan bergantung kepada pendapat masing-masing.

“Mereka diberikan komik yang mewakili di bawah ‘political features’.

“Semua kata perkahwinan UMNO Pas, so dia memberikan gambaran perkahwinan itu sebenarnya dalam bentuk penulisan dan gambar,” katanya selepas majlis Penyerahan Watikah Pelantikan enam Ahli-Ahli Lembaga Rayuan (Perancangan) dan Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan hari ini.

UMNO menyifatkan tindakan akhbar berkenaan memaparkan gambar dan penulisan tentang ‘perkahwinan’ Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Presiden UMNO dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pada 19 September lalu sebagai perbuatan biadab.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kebebasan bersuara, menulis atau menyuarakan pandangan yang diberikan di negara ini kepada media tidak bermakna kita boleh berkata atau melakukan apa sahaja hingga melampaui batas, apalagi melanggar batas etika kewartawanan. – MalaysiaGazette

Gambar kahwin Pas-UMNO: Zahid kata psikologi berbalik, Pas mahu saman

1 Komen

Comments are closed.