SINGAPURA – Sebastian Vettel mengakhiri badi 13 bulan tanpa kemenangan selepas meraih kemenangan berkontroversi di Grand Prix Formula 1 Singapura semalam.
Juara dunia empat kali pasukan Scuderia Itali itu bermanfaat daripada strategi luar biasa Ferrari untuk memintas rakan muda sepasukannya, Charles Leclerc yang sedang mendahului perlumbaan litar malam di Marina Bay.
Tindakan daripada arahan pasukan kejuruteraan Ferrari ternyata mengejutkan Leclerc yang menjuarai GP Itali dan Belgium sebelum ini sebelum memberitahu, pasukan menerusi radio bahawa tidak adil dengan strategi itu yang menafikan kejuaraan ketiganya.
Bagaimanapun ia satu kemenangan yang sangat diperlukan untuk Vettel yang telah berdepan kesukaran, kesilapan setiap perlumbaan yang mempersoalkan masa depannya sepanjang musim ini.
Kemenangan Leclerc menaiki podium sebanyak dua kali musim ini dilihat sebagai pencabar kedudukan Vettel sebagai pelumba utama Ferrari musim ini.
Bagaimanapun Leclerc berani menyuarakan kekecewaannya dengan keputusan pasukan yang menyekat peluangnya menaiki podium kali ketiga semalam.
Strategi Ferrari semalam berjaya membantu Ferrari menamatkan saingan di tempat pertama dan kedua menafikan dominasi Mercedes apabila Max Verstappen pasukan Red Bull menamatkan saingan di tempat ketiga.
Kali terakhir Ferrari naik podium selaku juara dan naib juara GP adalah pada GP Hungary 2017.
Pencapaian semalam juga berjaya menolak pendahulu kategori pelumba kejuaraan dunia F1 Lewis Hamilton ke tempat keempat.
Vettel memulakan perlumbaan semalam di tempat ketiga Ferrari mengatur strategi memastikan Ferrari memasuki hentian pit lebih awal pada pusingan ke-19 untuk memastikan Vettel tidak memasuki litar semula di belakang pelumba Renault, Nico Hulkenberg yang juga memasuki pit untuk menukar tayar segar.
Ferrari juga mengarahkan Leclerc memasuki pit yang telah mendominasi perlumbaan dari permulaan untuk memastikan Vettel pula mendahului perlumbaan ketika pelumba muda berusia 21 tahun itu memasuki semula litar.
“Apa yang sedang berlaku sekarang?” jerit Leclerc dalam radio sambil menyoal pasukan kenapa dia tidak dibenarkan memasuki pit sebelum Vettel.
Namun Leclerc tidak berpuas hati dengan jawapan jurutera bertugas iaitu:
“Itulah yang terbaik kita dapat melakukannya sekarang,” katanya.
Bagaimanapun Leclerc menyambung dia hanya mahu meluahkan perasaannya dan secara ikhlas dia tidak memahami strategi memintas yang dilaksanakan pasukan.
“Tidak mengapa kita bincang mengenainya kemudian” katanya dengan nada yang agak kecewa.
Dua hentian pit untuk kedua dua pelumba Ferrari itu bermakna mereka perlu berusaha untuk memintas perlahan kereta lain yang belum melakukan hentian pit dan Vettel melakukannnya dengan baik separti yang dirancang pasukan sebelum Ferrari meneruskan perlumbaan dengan mendominasi tempat pertama dan kedua bermula dari pusingan Ke-33 sehingga tamat perlumbaan.-MalaysiaGazette