CYBERJAYA – Sakit di bahagian siku sering menimpa masyarakat namun mungkin ramai yang mengabaikan masalah itu.
Barangkali siku tidak dianggap bahagian yang penting seperti lutut dan tulang belakang yang terus menjadi keutamaan sebaik berdepan rasa kurang senang.
Individu sebenarnya perlu berhati-hati apabila berasa sakit di siku yang disebabkan oleh penggunaan yang berlebihan dikenali tennis elbow atau lateral epicondylitis.
Tidak dinafikan sukan seperti tenis atau sukan lain yang melibatkan pengunaan raket boleh menyebabkan keadaan ini.
Namun beberapa sukan dan aktiviti-aktiviti lain juga boleh menyebabkan risiko tennis elbow.
Pengarah Perubatan The Cyber Skyclinic, Dr M Afiff Farhan berkata, masalah itu merupakan keradangan yang berlaku di tendon dan bersambung otot lengan dari luar siku.
Jelas beliau, otot lengan dan tendon menjadi rosak kerana penggunaan yang berlebihan atau penggunaan yang berulang kali, sekali gus membawa kepada kesakitan dan ketegangan pada bahagian luar siku.
“Kebanyakan orang yang mendapat tennis elbow berumur di antara 30 hingga 50 tahun namun sesiapa sahaja boleh mendapatkannya jika mereka mempunyai faktor-faktor risiko.
“Dalam sukan raket seperti tenis, teknik pukulan dan peralatan yang tidak betul boleh menjadi faktor risiko.
“Terdapat banyak pilihan rawatan untuk tennis elbow dan dalam kebanyakan kes, rawatan memerlukan penglibatan semua pihak.
“Doktor terutamanya, ahli terapi fizikal, dan dalam beberapa kes, pakar bedah bekerjasama untuk menyediakan penjagaan yang paling berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.
Afiff menambah, kira-kira antara 80 hingga 95 peratus pesakit tennis elbow berjaya dipulihkan dengan rawatan bukan pembedahan.
Jelas beliau, langkah pertama dengan berehat bagi pemulihan dan rehabilitasi adalah untuk memberi lengan anda rehat yang betul dan cukup.
Katanya, pesakit juga disarankan tidak melibatkan diri dalam sukan atau aktiviti kerja-kerja berat selama beberapa minggu.
“Pada masa sama, ubat tahan sakit dan anti keradangan seperti aspirin atau ibuprofen mengurangkan kesakitan dan bengkak.
“Bagi mereka mengambil bahagian dalam sukan raket, doktor mungkin menggalakkan auntuk mempunyai peralatan anda diperiksa dengan betul bagi mengurangkan tekanan pada lengan bagi membolehkan otot tidak perlu bekerja keras.
“Jika anda menggunakan raket besar, berubah untuk kepala yang lebih kecil boleh membantu mencegah gejala daripada berulang.
“Selain itu, terapi fizikal merupakan latihan khusus untuk menguatkan otot-otot lengan apabila ahli terapi boleh melakukan ultrasound, teknik urutan berais atau teknik merangsang otot untuk meningkatkan penyembuhan otot,” katanya.
Afiff yang merupakan lulusan perubatan dari The Kursk State Medical University, Russia memberitahu, ketika ini rawatan suntikan plasma kaya darah atau platelet rich plasma (PRP) yang semakin diminati menjadi trend terkini kerana kos yang lebih murah jika dibandingkan dengan rawatan rehabilitasi dan pembedahan.
Jelasnya, selain PRP cepat memberi kesan dari segi penyembuhan pelbagai kecederaan tendon.
“PRP adalah suntikan yang disediakan dari darah pesakit sendiri dan mengandungi kepekatan protein yang tinggi yang mempunyai faktor pertumbuhan yang sangat penting dalam penyembuhan kecederaan,” katanya
Beliau berkata, pembedahan terbuka menjadi pilihan terakhir jika gejala-gejala yang menimpa pesakit tidak bertindak balas selepas antara enam hingga 12 bulan rawatan bukan pembedahan
Sementara itu, The Cyber Skyclinic yang berkonsepkan klinik gaya hidup itu turut menawarkan rawakan siku selain rawatan biasa dan ubatan, saringan ujian darah, kecantikan kulit, khidmat fisoterapi serta rawatan tulang dan otot.
Ia dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian atau Whatsapp: +60129822019 dan melayari Instagram: thecyberskyclinic – MalaysiaGazette