LENSA MG | SEDIH!!! Nasib Penduduk Sungai Kedondong Ibarat ‘Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir di sini selepas kediaman yang dihuni oleh mereka dirobohkan menggunakan jentolak.

Para penduduk yang kehilangan tempat berteduh dilihat berlindung di bawah khemah yang didirikan di sebuah kawasan lapang dan masih meneruskan aktiviti harian mereka walaupun dalam keadaan yang tidak sempurna.