Home Ekonomi Pelancaran model baharu harap rancak industri auto

Pelancaran model baharu harap rancak industri auto

proton x70
X70 terus mengungguli jualan SUV dalam pasaran tempatan.

KUALA LUMPUR- Penjualan kereta pada September akan disokong oleh peningkatan penghantaran bagi model-model baharu jenama Perodua, Honda, Toyota, Proton dan Nissan.

Penghantaran turut meningkat bagi perbandingan tahunan disebabkan oleh kelemahan permintaan pada tahun lepas susulan berakhirnya tempoh tanpa cukai.

Kerajaan memberikan tempoh tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selama tiga bulan sebelum bermulanya pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Kenanga Research masih mengekalkan sasaran volum industri sebanyak 600,000 sejajar dengan unjuran Persatuan Automotif Malaysia dan mengharapkan pelancaran model-model baharu tersebut dapat merancakkan jualan sama seperti yang berlaku ketika tempoh tanpa cukai pada 2018 yang lalu.

Jualan sektor automotif pada Ogos direkodkan sebanyak 51,148 unit dengan Proton sahaja yang mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi bagi berbanding bulan sebelumnya.

Ini didorong oleh peningkatan permintaan model popularnya, X70 dan disokong oleh model Saga, Iriz dan Persona.- MalaysiaGazette

 

+ posts