Pas dan UMNO didakwa cuba menggagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru di Kuala Lumpur.
Berikutan itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menasihati penduduk Kampung Baru agar tidak mendengar dakyah pembangkang yang cuba menghalang projek pemodenan Kampung Baru dengan memberi alasan nilai tawaran pengambilan tanah yang rendah.
Menurut Khalid, projek berkenaan adalah projek membangunkan ekonomi masyarakat Melayu dengan menjadikannya pembangunan komuniti moden yang selesa dan lengkap.