Home Seni Hidup AC Mizal kena hentam panggil Elly ‘used car’

AC Mizal kena hentam panggil Elly ‘used car’

Pengacara, Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein pada Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 (ABPBH32) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Gara-gara terlepas cakap semasa bergurau dengan Elly Mazlein, AC Mizal teruk dihentam netizen apabila menyifatkanya sebagai seorang yang ‘bermulut celupar’.

Kemarahan itu timbul selepas AC yang mengendalikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 bersama Elly pada Ahad lalu mengatakan pelakon itu used car (kereta terpakai).

Meskipun ia dianggap gurauan namun ada dalam kalangan warganet kurang senang terhadap perkataan yang digunakan AC apabila melabel sesorang dengan objek.

Menerusi Twitter, rata-rata pengguna laman sosial itu berang dengan sikap AC.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Arif yang biasa mengulas isu politik turut kurang senang dengan lawak AC.

Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff

Dalam ciapan twitternya, beliau berkata;This is bad ! Real bad ! Must know how to respect women !

Selain itu, ramai juga netizen mempunyai pendapat yang sama terhadap AC.

“Jahat doh AC panggil Kak Lina used car. Secara langusng satu Malaysia tengok kot. Kesian dia.

“Aku sorang je ke rasa AC Mizal kalau buat lawak tak pernah lawak. Kebanyakan lawak menghina fizikal orang je. Yang selalu kena Achey..Melati Kumpulan Zero.. Abam.

“And paling tak best air muka Kak Lina berubah kot. Lawak tak kena wey. Tak patut melawak benda-benda gini. Pastu gelak macam lawak sangat je,” komen netizen.

Malah apa yang berlaku turut menjadi perhatian

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan warganet yang menganggap perkara itu sebagai satu gurauan dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

Dalam pada itu, Elly yang menyedari perkara tersebut memuat naik semula video yang tersebar di laman Instagramnya dengan kapsyen meminta netizen tidak mengambil serius perkara yang berlaku.

“Jangan sensitif sangat. Kita chill chill sejuk sejuk ya,” tulisnya.- MalaysiaGazette