Home Dunia Bilik darjah runtuh, 7 pelajar maut

Bilik darjah runtuh, 7 pelajar maut

Anggota keselamatan terlibat dalam mencari dan menyelamat para pelajar yang terperangkap dalam runtuhan. foto Agensi

NAIROBI – Sekurang-kurangnya tujuh pelajar maut selepas bilik kelas runtuh di sebuah sekolah rendah di sini.

Struktur kayu Precious Talent Top School runtuh sebaik sahaja sesi persekolahan bermula pada hari Isnin.

Kejadian itu turut mengakibat 64 pelajar cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan segera.

Dua daripadanya dalam keadaan kritikal.

“Kami sedih dengan kejadian yang meragut tujuh nyawa,” kata Setiausaha Pendidikan, George Magoha.

Pengarah sekolah berkenaan, Moses Ndirangu menyalahkan pembinaan berhampiran sekolah berkenaan sebagai punca yang menyebabkan struktur sekolah itu terjejas.

Runtuhan itu berlaku hampir jam 7 pagi (04:00GMT) pada tingkat pertama dan menyebabkan para pelajar terperangkap. – MalaysiaGazette