KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipersoalkan kewajaran Menteri Kewangan yang membenarkan beberapa institusi perbankan mengenakan caj perkhidmatan di kaunter dan mesin deposit tunai bagi pembayaran bil kad kredit.
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bertanya: “PH nak jaga kepentingan bank atau rakyat?
Dakwa Presiden MCA itu, bukankah keputusan mengenakan caj ini di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan yang kini mengambil sikap diam diri berhubung isu tersebut.
“Atau Menteri Kewangan kena ikut kuasa veto Gabenor Bank Negara dalam perkara ini?,” soal Ka Siong lagi.
Beliau turut menyindir mengapa pemimpin Pakatan Harapan tidak ada formula baharu, sedangkan semasa menjadi pembangkang dahulu bukan main hebat dengan ‘formula-formula’ yang dicetuskan. – MalaysiaGazette