Home Dunia Iran boleh terima perubahan dalam perjanjian nuklear

Iran boleh terima perubahan dalam perjanjian nuklear

Hassan Rouhani. Foto Agensi

DUBAI – Iran bersedia memberi jaminan untuk tidak terlibat dalam senjata nuklear dan menerima perubahan dalam Perjanjian 2015 dengan kuasa dunia sekiranya Amerika Syarikat mengembalikan perjanjian tersebut dan menarik semula sekatan.

“Sekiranya sekatan berakhir dan kembali kepada sepakatan nuklear, ada ruang untuk memberi jaminan bagi memecahkan kebuntuan.

“Malah, Presiden (Hassan Rouhani) mempunyai cadangan bagi perubahan kecil dalam perjanjian itu,” kata jurucakap kerajaan Iran. – MalaysiaGazette