KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan suspek tembak mati dalam kes tetak mati dua mangsa di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang telah terpengaruh dengan klip video keganasan dari Timur Tengah.
Katanya,siasatan awal polis mendapati mangsa ditembak kerana mengamuk dan menetak dua pekerja itu terpengaruh dengan video video ganas dari luar negara yang ada di media sosial.
Ia bagaimanapun tiada kaitan dengan elemen di negara ini seperti yang didakwa sesetengah pihak yang mengeksploitasi perkara itu.
“Tujuan saya panggil sidang media khas hari ini bertujuan untuk memberikan penjelasan kepada pihak media mengenai pihak tak bertanggungjaab memuatnaik artikel-artikel berbaur hasutan yang boleh mencetuskan rasa sakit hati dan salah faham akhirnya sekiranya tak dibendung ia boleh mencetuskan pergaduhan fizikal.
“Pihak polis sedang aktif mengambil tindakan ada artikel sosial media yang terang terang dalam kes yang begitu tragik di Bayan Lepas di mana seorang lelaki dan wanita india dibunuh ditetak akibat kejadian tersebut sementara penyerang meninggal dunia akibat tembakan.
“Ada individu dalam kes ini memuat naik artikel tidak jelas serta berniat menyakiti orang dan mencetuskan tanggapan salah dan kemarahan awam dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sedang mengenalpasti pelaku berkenaan dan laporan polis telah dibuat.
“Kesemua individu bertanggungjawab akan dipanggil dan diambil keterangan dan seterusnya kita apabila berpuas hati tanpa lengahkan masa akan mendakwa mereka di mahkamah,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.
Tambah Abdul Hamid, tindakan tegas polis menyusul selepas menerima beberapa pesanan dalam telefon mendesak polis bertindak menanganinya demi ketenteraman awam.
Justeru beliau meminta pengguna media sosial supaya berhati- hati dan tidak membuat tanggapan sendiri.
Mengenai kes tembak mati tiga lelaki di Batu Arang, Rawang pula, katanya, terdapat sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan komen tanpa asas menuduh polis.
“Saya sudah cakap kalau ada bukti tampil bantu kami atau tunggu sehingga inkues dijalankan maka disitu mereka boleh tampil memberikan apa sahaja keterangan atau bukti kes yang ada.
“So dengan satu video yang dimuat naik dalam media sosial memberi gambaran seolah olah kes Baru Arang seorang wanita ada di tempat kejadian itu serta wanita berkenaan cedera ditembak di kakinya.
“Satu laporan polis telah dibuat pegawai polis saya sendiri ke atas orang yang memulakan cerita kononnya seorang wanita cedera ditembak di kakinya dan laporan itu sebagai menafikan tuduhan itu dan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak berkenaan,” katanya.
Beliau menegaskan, polis tidak lagi memilih memberi amaran sebaliknya akan mengambil mengenainya.
“Saya seru jangan terpengaruh dengan perkara ini sekiranya ada perkara gusar tidak difahami dan perlu difahami datang keapda polis.
“Hentikan buat andaian sendiri atau berkongsi artikel dan komen komen tambahan akan menyebabkan orang melakukan kesalahan jadi kami tidak teragak-agak untuk ambil tindakan,” tegasnya.
Sebelum ini, pihak keluarga dan beberapa individu tertentu dalam kes tembak Batu Arang mendakwa wanita, Moganambal iaitu isteri suspek ketiga yang ditembak mati oleh polis namun dinafikan polis.-MalaysiaGazette