Home Utama 16 individu disyaki terlibat dengan Daesh ditangkap

16 individu disyaki terlibat dengan Daesh ditangkap

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Seramai 16 individu yang disyaki terlibat dengan pengganas Daesh ditangkap Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi yang bermula pada 10 Ogos hingga semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek terbabit terdiri daripada 12 warga Indonesia, tiga warga tempatan dan seorang warga India.

Beliau berkata, mereka ditahan antaranya di sekitar Sabah, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Kami percaya bahawa 10 suspek yang ditahan di Semenanjung Malaysia aktif di media sosial dalam merekrut IS dan menyebarkan ajaran Salafi jihadi.

“Ada di antara mereka merancang melancarkan serangan terhadap ahli politik dan orang bukan Islam di negara ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurut Ayob Khan, suspek pertama, seorang lelaki Indonesia berusia 25 tahun, ditahan di Keningau, Sabah pada 10 Julai.

Ujarnya, polis percaya suspek membantu militan negara Islam Indonesia dengan menyusup masuk ke selatan Filipina melalui Sabah.

Katanya lagi, suspek lain seorang wanita India berusia 38 tahun, ditahan pada 2 Ogos lalu yang bertindak mengumpul dana bagi menjalankan kegiatan kumpulan pengganas terbabit.

Tambah beliau, suspek Indonesia yang berada di negara ini selama dua hingga tiga tahun bekerja sebagai buruh. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Datok ayob, LTTE semakin berkembang ideologinya disini datok..semoga PDRM siasat ahli politik terlibat juga..

Comments are closed.