KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempertahankan bahawa hutang negara semasa pentadbiran Barisan Nasiona; (BN) masih jauh lebih rendah berbanding sekarang meskipun bantuan kepada rakyat semakin meningkat pada ketika itu.
Pada masa sama, kerajaan BN juga tidak mengambil wang Petronas dengan banyak seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Malah, kerajaan BN juga membina aset negara dan bukan menjualnya, tegasnya.
Untuk perbandingan, hutang negara naik RM38 bilion ke RM686.8 bilion pada tahun 2017 berbanding RM648.5 bilion pada akhir tahun 2016..
Hutang naik RM18 bilion pada tahun 2016 ke RM648.5 bilion daripada RM630.5 bilion pada akhir tahun 2015 bawah BN.
Berbanding unjuran kenaikan hutang tahun ini oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebanyak RM52.4 bilion “sahaja” walaupun berpuluh bilion aset negara sudah jual dan berpuluh bilion duit Petronas telah diambil.
“Itu dia! Guan Eng akhirnya mengaku hutang terus negara telah meningkat tetapi berjanji ianya akan “hanya” naik RM52.4 bilion tahun ini
“Ini bermakna sasaran Guan Eng untuk hutang negara pada akhir tahun ini adalah RM793.5 bilion. Itupun jika dia dapat menepati sasaran,” kata Najib.
Tahun lepas, hutang negara di bawah pentadbiran BN telah naik sebanyak RM54.2 bilion daripada RM686.8 bilion ke RM741.1 bilion. – MalaysiaGazette
Ph dap mn nk ngaku kencing ditgh jln..